Rugi lebih RM5 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud

Rugi lebih RM5 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang wanita kerugian lebih RM5 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan mata wang kripto melalui aplikasi ELTFV.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, mangsa berusia lingkungan 60-an dan bekerja dalam bidang profesional itu diperdaya sindiket berkenaan selepas diperkenalkan kepada aplikasi itu melalui Facebook dan kumpulan pelaburan atas talian dikenali sebagai ‘AB4 Trend Navigation’.

Katanya, siasatan awal mendapati transaksi pertama dibuat mangsa berjumlah RM10,000 dengan transaksi terakhir pada Ogos lalu membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM5,030,970.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyakinkan mangsa melalui paparan keuntungan awal dalam sistem pelaburan sebelum mangsa diarahkan membuat pindahan wang ke beberapa akaun bank tempatan.

“Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan wang pokok dan keuntungan, transaksi tidak berjaya dan akses kepada platform pelaburan itu disekat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mendapati platform itu tidak berdaftar selain disenarai sebagai entiti pelaburan tidak sah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN