SEGAMAT: Kerosakan kecil melibatkan 15 bangunan kerajaan akibat beberapa siri gempa bumi yang berlaku di daerah ini sejak 24 Ogos lalu menelan kos sebanyak RM550,000 bagi tujuan pembaikan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja baik pulih berkenaan perlu dilakukan segera selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini. “Antara bangunan yang terkesan adalah Hospital Segamat, Klinik Kesihatan (KK) Segamat, Bandar Putra Segamat, kuarters kesihatan Batu Anam, Klinik Desa Kampung…