KEMAMAN: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM504 juta untuk pembinaan 5,450 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di seluruh negara, tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, setakat bulan lalu, sebanyak 2,766 unit rumah siap dibina dan 1,310 unit sedang dalam pembinaan manakala 1,374 unit lagi sedang dalam dalam proses untuk diserahkan kepada kontraktor. “Sejak SPNB diletakkan di bawah seliaan Kementerian…