PETALING JAYA: Beberapa negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah
Katanya, di Kedah, cuaca itu dijangka berlaku di Langkawi, manakala Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Di Selangor membabitkan kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor, manakala Sabah di Tawau dan Semporna.
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam.
Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.
“MetMalaysia akan terus memantau situasi cuaca semasa dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya-UTUSAN