SEREMBAN: Pihak pendakwaan menolak representasi kedua yang dikemukakan oleh pengasuh Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa Yuseri berhubung pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, tiga tahun lalu. Penolong Pengarah Pendakwaan Negeri, Ku Hayati Ku Haron memaklumkan perkara itu ketika prosiding sebutan semula kes melibatkan tertuduh, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 40, di hadapan Hakim N. Kanageswari di Mahkamah Sesyen di sini hari…