KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan yang dipercayai menjadi dalang bagi sindiket penyeludupan minyak masak peket ke Thailand disambung reman dua hari. Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid sehingga Selasa ini. Suspek sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan. Media sebelum ini melaporkan, sindiket penyeludupan minyak…










