Remaja lelaki maut terjatuh air terjun - Utusan Malaysia

Remaja lelaki maut terjatuh air terjun

ANGGOTA bomba membawa turun mayat remaja lelaki yang maut selepas terjatuh dari Air Terjun Buntong di Menglembu di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari air terjun di kawasan rekreasi Air Terjun Buntong dekat Menglembu di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Bayu Zaril Iman Zaharilizam berusia 17 tahun.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 11.26 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bantuan membawa mangsa turun selepas dia dipercayai terjatuh dari air terjun.

“Setibanya jentera di kaki bukit, ketua operasi memaklumkan anggota perlu berjalan kaki kira-kira satu kilometer untuk sampai ke lokasi mangsa berada,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebaik sahaja sampai di lokasi tersebut, didapati seorang remaja lelaki cedera dan diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Ketua Operasi seterusnya mengarahkan anggota untuk membawa mangsa turun dari lokasi kejadian ke kawasan kaki bukit dengan menggunakan pengusung.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 2.20 petang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN