PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria yakin pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menggantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baharu bakal membawa kejayaan lebih besar. Razman mengucapkan tahniah kepada Idris dan berharap kejayaan lebih besar akan dicapai Pas Perak dengan memperkukuh saf perjuangan dan seterusnya mengangkat martabat Islam di negeri itu. “Beliau (Idris) ialah seorang pemimpin berpengalaman luas dalam lapangan politik dan pentadbiran negara,…








