Wan Ahmad Fayshal di Bagan Serai? ‘Lu fikir lah sendiri’ - Utusan Malaysia

Wan Ahmad Fayshal di Bagan Serai? ‘Lu fikir lah sendiri’

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pas Perak tidak bersetuju dengan hasrat Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dikatakan mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tidak sewajarnya Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu bertanding di sini yang merupakan kubu kuat Pas.

Menurutnya, Pas menang kerusi pertama dalam pilihan raya umum negara iaitu pada 1955 melalui calonnya, Ahmad Tuan Hussin ketika itu di bawah Parlimen Kerian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembahagian kerusi sedang dibuat, itu yang timbalan menteri turun. Saya nak bagi tahu, daerah Kerian (Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar) ini Pas menang pertama kali pada 1955, jadi kalau nak datang sini tempat Pas yang asal, kena fikir sikit, ‘lu fikir la sendiri’.

“Kenapa nak bertanding di tempat yang sudah senang, pergi lah ke Lenggong kalau hebat sangat lawan Saarani (Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad), ” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, daerah Kerian yang menpunyai dua Parlimen iaitu Bagan Serai dan Parit Buntar merupakan kubu kuat Pas.

ADS:D

Katanya, daerah ini mempunyai bilangan penyokong Pas yang ramai menerusi cawangannya yang banyak.

“Kenapa dia nak bertanding di sini? Pas nak bertanding di mana?

“Tak kan sebab dia nak bertanding di Kerian, Pas tak dapat apa-apa? Tak kan nak suruh Pas bertanding di Bagan Datuk lawan Ahmad Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), itu tak kena,” katanya.

Akhbar ini baru-baru ini melaporkan Wan Ahmad Fayhsal yang dikatakan bakal bertanding di Parlimen Titiwangsa kini dilihat menunjukkan minat untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai.

Ini berdasarkan kekerapan beliau turun padang di kawasan berkenaan sejak kebelakangan ini menerusi pelbagai program seperti lawatan, ziarah, memberi sumbangan, bertemu penduduk dan peniaga dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah masjid.

Perkara itu disokong Bersatu Bahagian Bagan Serai menerusi kenyataan Setiausahanya, Datuk Abd. Muhaimin Abd. Rahman Nazri yang berkata, Bersatu bahagian itu tiada masalah menyokong Wan Ahmad Fayhsal sebagai calon parti tersebut.

Jelas beliau, sememangnya menjadi harapan penduduk di Bagan Serai mempunyai seorang ahli Parlimen seperti Wan Ahmad Fayhsal yang mempunyai kedudukan dalam parti dan kerajaan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. – UTUSAN ONLILNE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN