KUALA LUMPUR: Rapid KL melancarkan kempen #JomNaikFeeder 2.0 selama tiga bulan bermula hari ini sehingga 30 November depan, dengan sasaran peningkatan jumlah penumpang bas perantara sebanyak 6.8 peratus. Pemangku Ketua, Pengurusan Pihak Berkepentingan dan Pemasaran Kumpulan Prasarana, Ashok Panchalingam berkata, kempen memberi peluang kepada penumpang menebus pin e-dompet Touch ‘n Go (TNG) bernilai sehingga RM10. Beliau berkata, setiap 20 perjalanan lengkap melayakkan penumpang menebus pin e-dompet TNG bernilai RM5, manakala…