Ramos-Horta, Gusmao sambut ketibaan PM di Timor-Leste

Ramos-Horta, Gusmao sambut ketibaan PM di Timor-Leste

ANWAR Ibrahim di sambut oleh Presiden Dr José Ramos-Horta sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato, Dili, bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Republik Demokratik Timor-Leste. FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato, hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Timor-Leste, bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketibaannya disambut penuh mesra oleh Presiden Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão, yang turut diiringi persembahan kebudayaan melambangkan persahabatan erat Malaysia–Timor-Leste.

“Dalam satu detik simbolik, saya dijemput menaiki Mini Moke, kenderaan klasik berbumbung terbuka yang sinonim dengan gaya Ramos-Horta ketika mendekati rakyat pada majlis rasmi. 

“Malah beliau sendiri memandu, dengan saya duduk di tempat duduk hadapan dengan Gusmão di belakang, sebelum kami bertiga meneruskan perjalanan ke sebuah hotel berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini. 

Lawatan rasmi ini dijangka membuka ruang kerjasama lebih luas antara Malaysia dan Timor-Leste, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, pelaburan serta pembangunan kapasiti insan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN