PETALING JAYA : Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 42,288 notis advokasi sepanjang lima hari pelaksanaan Kempen Advokasi Operasi Patuh Undang-undang (Op PUU) bermula 16 September hingga semalam. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, jumlah itu melibatkan pelbagai jenis kenderaan dan individu yang diperiksa di sekitar ibu kota. Kata beliau, notis advokasi yang dikeluarkan membabitkan 19,672 penunggang motosikal, pemandu kereta (18,058),…