Ramai mula padam hantaran kutuk Sophia Albarakbah

Ramai mula padam hantaran kutuk Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sophia Albarakbah, mendedahkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa banyak akaun media sosial yang sebelum ini menghina dirinya sudah memadamkan hantaran berkenaan.

Menurut Sophia, SKMM kini giat melakukan pemantauan dan meminta beliau menyerahkan sebarang bukti hantaran berunsur buli siber yang masih berlegar di platform media sosial bagi tindakan lanjut.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ada memaklumkan banyak yang sudah memandakam akaun dan hantaran menghina saya sebelum ini.

“Jadi mereka minta jika ada hantaran baru atau link untuk mereka kenal pasti pelaku,” katanya. 

Sophia ditemui Utusan Malaysia di tayangan perdana filem Abu Si Raksasa di sini, pada Rabu. 

Tambahnya, tindakan ini bukan sekadar untuk mempertahankan diri, tetapi bagi menyedarkan orang ramai bahawa isu buli siber adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

“Saya nak orang sedar bahawa semua ini tidak main-main, selama ini mungkin mereka rasa tiada peraturan ketat sebab itu boleh lakukan suka hati memburukkan dan fitnah saya. 

“Dengan apa yang saya lakukan ini, semoga akan beri kebaikan kepada lebih ramai orang,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, mengakui sejak dirinya dihina teruk tempoh hari, dia masih trauma untuk membuka sebarang mesej di media sosial.

“Apabila bercakap soal ini, sejujurnya selepas semua ini berlaku, saya terlalu trauma untuk buka DM (Direct Message) dalam Instagram. 

“Senang biar pihak berkuasa terus yang urus dan selesaikan. Terlalu banyak mesej sampai saya sendiri takut untuk baca. ” katanya. 

Bagaimanapun,  Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular 2023 juga dimaklumkan bahawa terdapat individu yang menghubungi wakil peguamnya untuk tampil memohon maaf.

“Saya difahamkan ada segelintir individu yang terus hubungi peguam saya dan minta maaf. Mungkin ada juga yang minta maaf di Instagram saya cuma saya tak buka. 

“Kalau betul ada yang menyesal, itu sesuatu yang baik. Kita semua manusia, pasti pernah buat salah. Saya juga tidak sempurna, buat salah juga.

“Kepada mereka yang sudah memohon maaf, saya ucapkan terima kasih dan harap teruskan berbuat baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sophia terlibat dalam membintangi filem Abu Si Raksasa mengisahkan cicak salamander yang berubah menjadi raksasa akibat kesan pencemaran alam. 

Filem Abu Si Raksasa bakal menemui penonton dan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 11 September 2025 ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN