Raja Azura buat tuntutan nafkah daripada bekas suami - Utusan Malaysia

Raja Azura buat tuntutan nafkah daripada bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, membuat permohonan tuntutan nafkah daripada bekas suami, Adzmin Osman di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Raja Azura, Mohammad Amirul Hanizan berkata anak guamnya itu membuat permohonan tersebut selepas pihak bekas suami gagal melunaskan pelaksanaan berkaitan nafkah sejak berpisah pada 2010.

“Hari ini kami akan mulakan prosiding terhadap bekas suami dengan membuatpermohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah.

“Nafkah yang dimaksudkan ialah nafkah anak-anak, idah dan lain-lain. Jumlahnya besar cuma tidak boleh dedahkan jumlahnya.

“Ia adalah hak Kak Engku dan anak-anak yang perlu dituntut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular 1994 mengakui permohonan itu dilakukan atas permintaan anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 23, Megat Luqman Hakim, 22, dan Puteri Mia Maizura, 20.

“Buat pertama kali saya melangkahkan kaki ke mahkamah. Selepas berpisah pada 2010 sampai hari ini, saya cuma mahu tuntut hak anak-anak. Apalagi anak-anak sekarang mereka sudah besar dan bergraduasi.

“Anak-anak juga sudah cukup matang dan kuat untuk melihat saya di sini. Saya di sini juga atas permintaan anak-anak. Saya berjuang demi hak mereka,” katanya.

Menurut Raja Azura, bukan hanya dirinya yang tidak berkomuniasi malah anak-anaknya juga tidak menerima sebarang khabar daripada bekas suami selepas berpisah.

Terdahulu pada Mac 2001 Raja Azura mendirikan rumah tangga bersama anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman namun bercerai pada 28 September 2010. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN