GEORGE TOWN : Pewartaan kawasan bandar baharu dan semakan kadar cukai tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang selepas lebih 30 tahun menimbulkan kebimbangan terhadap beban rakyat, khususnya penduduk kampung tradisi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah tersebut menyebabkan lot kediaman kampung yang sebelum ini dikenakan kadar cukai sebanyak 22 sen bagi setiap meter persegi kini ditaksir semula sebagai lot kediaman…










