PETALING JAYA: Proses pemberian status kewarganegaraan kepada tujuh pemain bola sepak bagi membolehkan mereka beraksi bersama skuad kebangsaan dilaksanakan mengikut syarat dan peraturan undang-undang yang ditetapkan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua prosedur pemberian kewarganegaraan melalui kaedah naturalisasi dijalankan mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, kementeriannya sentiasa memastikan setiap urusan kewarganegaraan dilakukan secara sah, telus serta dengan penuh tanggungjawab. “Pemberian kewarganegaraan ini boleh diberikan melalui…