Projek cili tingkat pendapatan penduduk

Projek cili tingkat pendapatan penduduk

PROJEK tanaman cili Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Gong Sekolah di Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN /ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Projek tanaman cili komuniti diusahakan Jawatankuasa Pembangunan dan Ke­selamatan Kampung (JPKK) Gong Sekolah membuktikan pertanian berasaskan masyarakat mampu memberi kesan positif kepada ekonomi, kebajikan dan kesejahteraan sosial penduduk.

Menerusi inisiatif Program Sejahtera Madani, lebih 2,000 pokok cili ditanam dan mula mengeluarkan hasil sejak sebulan lalu dengan kutipan melebihi dua tan metrik. Setakat ini, nilai pendapatan dianggarkan mencecah RM20,000.

Pengarah projek, Mohd. Khai­rul Ikhwan Jusoh berkata, tuaian pertama bermula sebulan lalu dan kini dilakukan setiap dua hari dengan anggaran 500 hingga 800 kilogram cili sekali kutip sebelum dipasarkan ke pasar borong utama negeri.

“Projek ini adalah hasil kerjasama erat JPKK dan komuniti kampung. Penduduk terlibat secara langsung dengan seramai 10 orang diambil bekerja sambilan untuk memetik, menyusun dan membungkus cili,” katanya.

Pekerja sambilan terdiri daripada suri rumah, belia dan pesara yang bukan sahaja memperoleh pendapatan tambahan, malah diberi pendedahan tentang pengurusan hasil tani secara sistematik.

Selain berorientasikan ke­untungan, projek ini turut meng­angkat nilai kebajikan apabila penduduk dibenarkan mengambil cili secara percuma untuk kegunaan harian.

Seorang pekerja sambilan, Rohaya Ngah, 56, berkata peluang itu membolehkannya menjana pendapatan tambahan malah seronok apabila boleh bergaul de­ngan jiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN