BESUT: Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut di sini, melakar pencapaian cemerlang apabila membangunkan tiga projek berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang membantu usahawan seluruh negara memperkukuh pemasaran produk dan perkhidmatan secara digital. Ketiga-tiga projek tersebut dibangunkan Jabatan Komputer institusi berkenaan dengan tujuan memudahkan usahawan tempatan menembusi pasaran lebih luas, menjimatkan kos dan meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan. Pengarah IKM Besut, Ir. Abdul Athar Ibrahim berkata, antara projek inovasi itu ialah Cloud-Hosted Instant…