KOTA KINABALU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan kelak menjadi medan terbaik untuk menyelesaikan isu penggabungan parti-parti politik melalui pendekatan ‘free for all’ (bebas untuk semua). Penganalisis politik tempatan, Prof. Madya Dr. Romzi Ationg berkata, keadaan politik masa kini ditambah dengan perbezaan kenyataan beberapa pemimpin parti menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap hala tuju sebenar gabungan politik yang ada. “Setiap hari kita dengar kenyataan berbeza walaupun daripada pasukan yang…