NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti cadangan penempatan pondok polis dan anggota polis bantuan di sekolah bagi menangani isu buli pelajar. Semua pandangan akan diambil kira khususnya dalam jawatankuasa reformasi keselamatan sekolah yang sedang dilaksanakan ketika ini selain proses audit keselamatan di semua sekolah berasrama seluruh negara. Malah KPM sedang mengutip pandangan berkenaan dalam town hall bersama Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Komunikasi untuk meneliti berkaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU)…