BALING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneruskan siasatan terperinci bagi mengetahui latar belakang sebenar rakyat Malaysia yang ditahan bersama senjata api dan ratusan butir peluru di Danok, Thailand. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu bagi menentukan sama ada lelaki berusia 42 tahun itu benar-benar hanya orang upahan atau sebahagian daripada rangkaian jenayah terancang. “Berdasarkan siasatan awal, dia tidak terkait dengan elemen sindiket atau jenayah besar…