GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan rapuh yang gagal menunjukkan kesatuan politik dan hala tuju jelas untuk rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, perkembangan terkini hasil daripada Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung Bersatu membuktikan kegagalan PN menampilkan keutuhan dalam kepimpinan mereka. “Isu perebutan kuasa jelas mengatasi agenda rakyat apabila kedua-dua parti lebih ghairah berbalah soal calon Perdana Menteri dan kedudukan kepimpinan…









