PH berpecah, usul undi boleh jatuhkan Anwar

PH berpecah, usul undi boleh jatuhkan Anwar

MOHAMAD Sabu (dua dari kiri) menerima keris sebagai gimik perasmian  Konvesyen Amanah Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak tergugat selagi Pakatan Harapan (PH) bersama gabungan lain dalam Kerajaan Perpaduan tidak berpecah.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usul undi tidak percaya di Parlimen adalah salah satu cara yang boleh menggugat kedudukan Anwar.

“Cara lain saya tidak nampak, tunggu Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) jika mahu tukar Perdana Menteri.

“Isu-isu semasa saya rasa tidak menggugat kedudukan Anwar,” katanya selepas merasmikan Konvesyen Amanah Negeri Kelantan yang turut dihadiri  Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Adly Zahari di Dewan Perniagaan Cina di sini, hari ini.

Kata Mohamad,  walaupun ada himpunan besar turunkan Anwar tetapi beliau  kekal hingga terbubarnya Parlimen akan datang.

Menurutnya, ketika ini Kerajaan Perpaduan utuh dan tidak timbul isu pertukaran Perdana Menteri.

“Dalam keadaan sekarang, tiada apa-apa yang menggugat kedudukan Anwar sebagai pemimpin utama kerajaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×