PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu bernilai RM2.9 juta selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kilang kayu di kawasan Perindustrian Apam Pasir Mas, di sini, kelmarin. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan pada pukul 1.30 petang dilakukan oleh sepasukan anggota PGA menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kilang itu gagal mengemas kini dokumen berkaitan…