LUMUT: Fenomena alam semula jadi musim tengkujuh menarik kehadiran ratusan orang ke pesisiran Pantai Tanjung Kepah, Batu 9 Lekir di sini untuk mengutip kerang, sejak lebih seminggu lalu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pantai yang biasanya sunyi kini menjadi tumpuan penduduk dari sekitar Lekir, Sungai Tiram dan kawasan berdekatan yang datang bersama keluarga untuk mengutip kerang. Penduduk, Intan Ibni, 24, berkata, dia pulang ke kampung halamannya di Sungai Tiram setiap kali…