KANGAR: Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 yang berakhir semalam mencatatkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara sepanjang lima hari pesta terbesar di Perlis itu berlangsung. Penganjuran pesta berkenaan juga secara tidak langsung merancakkan ekonomi setempat yang memberi pulangan hasil sehingga RM200,000. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, penganjuran Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis itu tahun depan akan diperhebatkan menerusi penyertaan lebih 30 negara. Katanya,…










