PETALING JAYA: Sistem terminal MyKasih mengalami kelewatan pemprosesan transaksi semalam disebabkan berlaku lonjakan tinggi jumlah pembelian pada hari pertama penyaluran Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan bersama MyKasih, sehubungan itu kedua-dua pihak terlibat memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna yang mahu membeli barang menggunakan sistem tersebut. “Pembelian masih boleh dilakukan, namun sebahagian premis runcit mungkin menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi akibat permintaan sistem yang terlalu…