MUKTAMAR Tahunan Pas Ke-71 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di Alor Setar tahun ini memperlihatkan hala tuju baharu parti itu dalam arena politik tanah air. Tumpuan bukan lagi sekadar mempertahankan kubu tradisi, tetapi Pas membawa visi lebih besar iaitu melahirkan seorang Perdana Menteri pertama daripada parti Islam tertua di Malaysia itu. Ini bermakna, sudah sampai masanya Pas membuktikan mereka bukan sekadar pelengkap gabungan politik, tetapi mendepani…