PORT DICKSON: Perajurit muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpeluang melanjutkan pendidikan melalui program Professional Military Education (PME) sekali gus membuka peluang mereka untuk menikmati kadar gaji yang lebih tinggi. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, langkah itu selaras dengan visi ATM untuk mewujudkan Angkatan Masa Hadapan (AMH) yang memberikan penekanan terhadap pembangunan profesionalisme dan intelektualisme anggota. Menurut beliau, peluang tersebut akan terbuka kepada 1,123 perajurit muda…