BALIK PULAU: Negara mengalami penjimatan mencecah antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun ekoran pelaksanaan subsidi bahan api. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, namun jumlah itu bergantung kepada harga minyak mentah dunia yang ditentukan di pasaran antarabangsa. “Jika harga minyak dunia sekitar AS$75 setong, penjimatan subsidi boleh mencecah antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi libat urus Kampung Angkat…