PETALING JAYA: Platform media sosial TikTok akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan platform berkenaan terutama kes penyebaran maklumat palsu, aktiviti jualan di TikTok Shop, kelewatan memberi kerjasama kepada siasatan polis dan isu lain. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mereka akan dipanggil Khamis ini untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara dan Jabatan Peguam Negara. Katanya, pertemuan buat pertama kali dengan TikTok itu dibuat…










