PETALING JAYA: Pengawal keselamatan Suria KLCC dikecam kerana disifatkan ‘berlagak samseng’ dan tidak profesional terhadap sekumpulan peserta solidariti terhadap Palestin baru-baru ini. Menerusi hantaran di Facebook, Wan Fatin Suryanie Wan Ahmad menafikan dan mengecam penjelasan pengurusan Suria KLCC yang mengatakan bahawa pengawal keselamatannya hanya bertindak mengikut prosedur keselamatan premis iaitu melarang peserta membawa masuk kayu ke dalam pusat beli belah terbabit. Jelasnya, penjelasan diberikan tidak tepat dan mengelirukan kerana pengawal…