MELAKA : Seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat swasta dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini selepas mengaku bersalah memberi sogokan berjumlah RM2,000 bagi mendapatkan projek sewaan generator, tiga tahun lalu. Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lee Kau Lik, 63, yang membuat pengkuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara rasuah memberikan kepada seorang individu satu suapan,…