JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat dan syarikatnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas dua pertuduhan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2022, pendakwaan yang pertama seumpamanya di negara ini. Orang kena saman (OKS), Lim Sen Thiam, 53, yang turut mewakili syarikat KK Tanom Coffee Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan menggunakan petunjuk geografi yang salah pada pembungkus petunjuk geografi berdaftar tanpa persetujuan. Lelaki itu dibuat membuat pengakuan tersebut…