Pendarahan serius bawa penemuan mayat bayi lelaki - Utusan Malaysia

Pendarahan serius bawa penemuan mayat bayi lelaki

NOOR HISAM NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Pendarahan serius dialami seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membawa kepada penemuan mayat bayi yang baru dilahirkan di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada pukul 5.30 petang selepas dihubungi pihak Klinik Kesihatan RPS Kemar.

“Kejadian itu terbongkar selepas remaja Orang Asli itu datang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan RPS Kemar dan memberitahu sakit di bahagian kemaluan.

“Pemeriksaan petugas kesihatan mendapati remaja itu mengalami pendarahan serius dan terdapat koyakan besar pada kemaluannya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal, remaja itu mengakui dia baru sahaja bersalin secara bersendirian dan membuang bayi lelakinya di belakang rumah.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian dan menjumpai bayi berkenaan.

“Bayi itu bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN