MELAKA: Pendapatan dan emosi rakyat merupakan komponen mencatatkan skor terendah dalam laporan Indeks Kebahagiaan Negeri Melaka 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), minggu lalu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, laporan tersebut menunjukkan komponen pendapatan berada pada kategori sederhana bahagia dengan skor 5.75. Beliau berkata, skor tersebut merupakan yang terendah berbanding 12 komponen lain seperti emosi (6.59), kebudayaan…










