KULAI: Hasrat seorang penarik kereta untuk menggandakan wang simpanan persaraannya musnah selepas kerugian RM267,250 apabila terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang kripto palsu. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa iaitu seorang warga emas berusia 64 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin. Menurut beliau, mangsa mula diperkenalkan dengan peluang pelaburan tersebut menerusi satu iklan di laman sosial Facebook bulan lalu, sebelum bertindak menghubungi nombor…