KUALA NERUS: Musim tengkujuh yang bakal menjelma tidak lama lagi kembali menimbulkan keresahan kepada pemilik banglo biru di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, Mohd.Yazit Idris apabila sebahagian struktur yang ditambak di bahagian tepi kediamannya kembali terhakis. Mohd. Yazit, 66, berkata, keadaan itu berlaku ekoran hujan lebat menyebabkan pasir tersebut mengalami hakisan dan dikhuatiri semakin serius apabila musim tengkujuh tiba. “Air hujan dari jalan utama mengalir ke arah rumah saya…