IPOH: Pemandu lori yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki berperwatakan wanita minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, M. I. Saravanan, 32, didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada penama yang dikenali dengan nama Fendi di lorong tepi bangunan Hotel Grand View, Jalan Horley di dalam daerah Kinta pada 27 Ogos 2025. Pertuduhan terhadap bapa kepada seorang anak lelaki itu dikemukakan mengikut…










