IPOH: Seorang lagi pemain import dari Nigeria menyertai Perak FA bagi menghadapi Liga Semi-Pro A1 2025/2026.
Pemain itu, Aliyu Audu Abu Bakar, 29, akan beraksi di posisi pertahanan.
Sebelum ini Perak mengambil khidmat pemain tengah dari Nigeria, Christian Chukwu, 23.
Penolong Pengurus Perak FA, Zainal Anuar berkata, Aliyu bukan baru di negara ini kerana pernah beraksi untuk Negeri Sembilan pada musim lalu.
Menurut Zainal, pemain itu mempunyai pengalaman luas kerana pernah beraksi untuk skuad B-17, B-20 dan B-23 kebangsaan Nigeria.
“Dengan pengalamannya yang luas, kini kita berharap dia akan membantu Perak pula,” katanya.
Katanya, Aliyu berjaya memikat hati pegawai pasukan dalam ketika sesi ujian.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Azhar Jamaluddin sebelum ini membayangkan Perak akan menggunakan khidmat tiga pemain import untuk posisi pertahanan, tengah dan penyerang. – UTUSAN