PETALING JAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dirombak dan melalui proses reformasi akibat kegagalan menguruskan beberapa isu termasuk keganasan rejim Zionis di Gaza. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertubuhan itu perlu bersikap lebih adil dan bukan hanya mewakili kepentingan negara tertentu sahaja. Beliau berkata, tuntutan melaksanakan perubahan dan reformasi berkenaan pernah disuarakan sendiri oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. “Kita sering bercakap mengenai demokrasi yang inklusif, dan bagaimana…










