MELAKA: Paul San merampas kedudukan sebagai pendahulu pada hari kedua Kejohanan Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM) Tertutup Melaka di Kelab Golf Tiara & Country di sini, hari ini. Beliau mencatat enam bawah par 66 pukulan dan keseluruhan mengumpul 10 bawah par 134 pukulan. Paul melakar enam birdie, satu eagle dan satu bogey untuk memintas pendahulu semalam, Kemarol Baharin dengan kelebihan tiga pukulan. “Saya bermain baik hari ini dan tidak banyak…










