SEPANG: Menubuhkan semula pasukan petugas khas banteras kemasukan pendatang tanpa izin (Pati) adalah antara 11 resolusi yang dibentangkan pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4, hari ini. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohd Faris Abdullah berkata, resolusi itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan petugas terutama di rangkaian sempadan negara. Beliau berkata, pasukan petugas khas juga perlu dipertingkatkan menerusi fasiliti berteknologi tinggi serta pemberian…