Pas senang dikelirukan parti bukan Islam

Pas senang dikelirukan parti bukan Islam

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang senang dikelirukan oleh parti-parti bukan Islam yang mahu bertindak menjadi hero ketika berada dalam mana-mana gabungan parti politik.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, Pas tidak sepatutnya terpengaruh demi hayat politik parti itu kerana mereka sudah ada kedudukan kuat dalam Dewan Rakyat.

“Bila dia (parti bukan Islam) di sebelah sini (Kerajaan Perpaduan), dia tak boleh jadi hero. Dia pergi belah sana (Perikatan Nasional) pula nak cari modal jadi hero. Jadi, saya harap demi kebaikan ahli-ahli Pas dan ada kedudukan di dalam Dewan Rakyat, jangan sampai dia dikelirukan oleh anai-anai ini dan dia tak ada tempat nak duduk di dalam Dewan itu.

“Banyak orang sekarang dia tengah main ping-pong. Bola dia hantar sana, dia tunggu dipukul balik. Bola dia hantar sana dia tunggu dipukul balik. Kalau betul-betul nak pergi sana, pergilah ke sana. Jangan diri di sini kita tengah fikir nak pergi sana.

“Kalau sudah buat keputusan nak pergi sana, pergi sana. Tapi dia duduk di sini dan buat kacau bilau. Itu yang menyakitkan hati. Pemimpin-pemimpin macam ini yang main permainan ping-pong ni yang sebenarnya menjahanamkan negara kita dan menjahannamkan komuniti di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita di program penutup Jom@Coop 2025 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kesediaan Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti bukan Islam selagi MCA dan MIC mereka tidak bersifat ekstrem.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan dengan pihak berkenaan sudah diadakan namun masih berada di peringkat awal.

Dalam pada itu Ramanan turut menyifatkan parti itu sebagai ‘anai-anai’ yang merosakkan dalaman ‘rumah’ sendiri apabila mewujudkan kebencian dalam komuniti.

“Dia duduk di sini dia buat masalah menyusahkan komuniti, dia membakar api mewujudkan kebencian dalam komuniti niat mereka apa?

“Dia buat ini sebab dia katakan kita tak baik and dia nak pergi ke sana tapi dia masih lagi belum pergi sana dia masih duduk di sini dan cakap kita tak baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN