PETALING JAYA: Pelawaan Pas kepada MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) bukan sekadar percaturan politik, sebaliknya berpotensi mengeruhkan lagi hubungan dengan Barisan Nasional (BN) yang sedia tegang sejak gagalnya kerjasama Muafakat Nasional. Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berkata, tindakan Pas itu memberi isyarat jelas bahawa parti berasaskan kaum bukan Melayu tidak lagi mempunyai masa depan dalam…