ALOR SETAR: Pandangan bahawa Pas bersedia untuk menampilkan calon Perdana Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan perwakilan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-66 di Kompleks Pas Kedah, hari ini. Salah seorang perwakilan yang ditemui Utusan Malaysia, Ahmad Azlan Abu Bakar, 39, berkata, pihaknya senada dengan pandangan itu memandangkan Pas mempunyai ramai pemimpin berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri kelak. “Selaku anak muda saya…