Nadhif Basalamah syukur dapat hiburkan peminat Malaysia - Utusan Malaysia

Nadhif Basalamah syukur dapat hiburkan peminat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Syukur situasi di Indonesia kembali tenang dan saya dapat hiburkan peminat Malaysia malam ini.”

Demikian ungkapan pertama yang terbit dari mulut penyanyi, Nadhif Basalamah bagai lega dapat merealisasikan impian peminat Malaysia untuk melihat persembahannya pada malam ini tatkala negara tercinta, Indonesia diuji.

Syukur situasi di Indonesia sudah kembali pulih, Nadhif juga sedia untuk menjadikan Konsert Nadhif Basalamah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall, Petaling Jaya malam yang bermakna buat peminat di Malaysia.

“Ketika demontrasi berlaku di Jakarta serta beberapa wilayah lain memang ada kerisauan. Saya terfikir dapatkah saya ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bagi merealisasikan konsert ini?

“Saya berasa sangat lega situasi itu sudah berakhir. Terima kasih kepada warga Malaysia yang tidak putus mendoakan Indonesia.

“Saya tidak sabar mahu beraksi di pentas malam ini. Saya akan menjadi momen yang baik antara saya dengan peminat,” katanya menerusi sesi wawancara secara Zoom.

Dalam pada itu, Nadhif menyifatkan konsert jelajahnya kali ini menjadi tanda aras baharu dalam membuktikan transisi kematangannya sepanjang berada dalam persada muzik.

Lebih menarik lagi, penyanyi lagu Penjaga Hati itu turut menjanjikan untuk menyampaikan beberapa lagu yang belum pernah dipersembahkan di mana-mana acara sebelum ini.

“Selain Kuala Lumpur, saya juga sudah bersedia melengkapkan siri jelajah Asia Tenggara termasuk di Singapura pada 12 September iaitu esok.

“Penonton boleh melihat kematangan sisi peribadi serta garapan yang diharap memberi ketenangan kepada pendengar dari permulaan terjun ke arus muzik perdana sekitar awal 2000 hingga sekarang.

“Mungkin saya akan menyanyikan beberapa lagu yang saya tidak pernah menyanyikan dalam persembahan sebelum ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Nadhif mula mencuri perhatian peminat muzik Nusantara selepas debut pada Julai 2022 dengan single Wonder in Time seterusnya
dipilih sebagai pembuka konsert Tulus dalam siri jelajah Manusia di Makassar.

Beberapa lagu ciptaannya seperti To Be With Me dan Without Me (Sera) turut menjadi siulan, namun karya yang melonjakkan popularitinya adalah Penjaga Hati pada 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN