KUALA TERENGGANU: Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu (DMPNT) menggesa kerajaan negeri meneliti semula pelarasan kadar tarif air yang diumumkan baru-baru ini bagi mengelak beban tambahan kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan keluarga besar. Ketuanya, To’ Puan Zarani Othman berkata, pihaknya memahami keperluan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan namun sebarang kenaikan mendadak dalam kadar tarif air boleh memberi kesan langsung terhadap kos sara…










