PETALING JAYA: Pejabat Mufti Sabah menafikan dakwaan bahawa Mufti dan Timbalan Mufti terhidu bau haruman daripada jenazah Zara Qairina Mahathir, sebagaimana yang didakwa dalam sebuah video tular di media sosial. Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar, tidak berasas serta boleh mencemarkan nama baik institusi mufti negeri itu. “Pejabat Mufti Sabah ingin menegaskan Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Timbalan Mufti tidak terlibat semasa proses penggalian…