BUKIT MERTAJAM: Menggalas tanggungjawab untuk meneruskan legasi menguruskan sebuah sekolah agama yang telah berusia lebih 100 tahun bukan suatu cabaran yang mudah. Pun begitu, Hamzah Jaafar, 65, mengambil tanggungjawab itu dengan sepenuh hati meskipun berdepan pelbagai cabaran sejak 25 tahun yang lalu. Berkat kesabarannya, mudir dan pengasas Sekolah Agama Madrasah Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah itu dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang, tahun ini. Menurut Hamzah, dia menganggap anugerah yang…